20 Resipi Kerang Mudah Dan Sedap, Makan Ratah Pun Best!

Resipi kerang ada banyak yang sedap-sedap. Bukan setakat resipi kerang rebus dan bakar, malah lebih dari tu. Di sini ada sebanyak 21 jenis resipi kerang yang sedap untuk di cuba. Kerang masak apa sedap? 

Di sini ada resipi kerang masak rendang, resipi kerang bakar berempah, resipi kerang masak cili dan banyak lagi. Ada juga cara membuat resepi sedap kerang masak serai. 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap


#1 - Resepi Kerang Rebus Simple Tapi Sedap 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 1kg kerang (telah dicuci) 
  • 1 biji bawang merah besar (hiris) 
  • 2 batang serai (titik) 
  • 1 batang cili merah (hiris)
  • sedikit halia (hiris) 
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Rebus sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masak le tu.

 

#2 - Resepi Kerang Thai Style Pedas Masam

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan dan cara membuatnya Kerang Thai Style Pedas Masam :

  • 10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus) 
  • 5 biji limau nipis atau ikut suka masam dan ambik airnya 
  • 5 biji bawang putih dicincang halus 
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil 
  • Daun Ketumbar dicincang halus 
  • Timun kecil potong dua dan rendam dahulu dalam air (hiasan) 
  • 1 sudu kecil bahan perasa 

 

Cara membuatnya :

Semua bahan dicampurkan bersama dan ketepikan sekejap. 

Kerang 1 kilogram, dicuci bersih, direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja. Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi ke atasnya.

#3 - Resepi Sambal Kerang 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  • Kerang
  • 8-10 biji bawang merah*
  • 4 biji Bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit halia*
  • Air asam jawa
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap lemak manis
  • Sedikit nissangg/ gula melaka
  • Garam

 

Cara-cara :

Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.

Masukkan bawang besar yang di hiris bersama bahan-bahan lain.

Masukkan kerang dan perisakan. Siap!


#4 - Resepi Sambal Kerang Cili Padi

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 2 kg Kerang direbus dan asingkan isinya 
  • 10 ulas Bawang merah* 
  • 5 ulas Bawang putih* 
  • Segengam cilipadi* 
  • 4 biji lada hidup* 
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 keping asam gelugor  
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  • Garam dan perasa 
  • 1 biji bawang besar dihiris

 

Cara membuatnya :

isi kerang di gaul kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak dan toskan. 

kisar kasar semua bahan bertanda* dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau

campurkan asam keping dan perasakan 

bila tumisan dah betul-betul garing, masukkan kerang dan hirisan bawang besar. Gaul rata. Siap.


#5 - Resepi Kerang Masak Kam Heong 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :
  • 500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah) 
  • 5 ulang bawang putih-tumbuk 
  • 5 ulas bawang merah-tumbuk 
  • 2 tangkai daun kari 
  • 8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka byk mana, nak pedas, letak lebih sikit) 
  • 2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk) 
  • Minyak sedikit untuk menumis

 

Bahan untuk kuah (bancuh semua bahan) 

  • 2 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar kicap pekat (boleh ganti kicap biasa) 
  • 1 sudu besar kicap cair 
  • Garam
  • air

Cara masak 

Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. 

Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati. Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. 

Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jangan banyak sangat air, cair sangat tak sedap). Perasakan dengan garam & gula. Siap.

 

#6 - Resepi Kerang Masak Lemak Serai Pedas 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:  

  • 1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya 
  • 7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • dikisar 1 inci halis diketuk 
  • Cili padi dikisar, ikut suka kepedasannya 
  • Sedikit serbuk kunyit 
  • 1/2 mangkuk santan pekat 
  • 1 keping asam gelugur 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Daun kunyit, dipotong kasar

 

Cara-cara: 

 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia. 

2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar mesra kerang dan bahan2 tumis tadi. 

3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.

 4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat. 

5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

 

#7 - Resepi Kerang Masak Tumis Pedas

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan : 

Kerang  1 kg 

Garam 

Sos tiram 

4 sdm Sos cili 

4 sdm Kicap manis 

Daun limau 2 helai 

Daun salam 2 helai Tomato dihiris Daun bawang Daun saderi utk ditabur

Bahan tumis : 

Bawang merah 

5 biji Bawang putih 4 biji Halia Lengkuas Cilipadi merah dihiris Cili padi dihiris

Cara Masak Kerang Tumis Pedas : 

1. bersihkan kerang & tos 

2. tumis bahan tumisan hinga naik bau. 

3. masukkan kerang dan air. 

4. Kemudian tutup 4. Setelah itu masukkan sos cili,tiram,kicap n garam.gaul rata 5. masukkan cili hiris,daun bawang & tomato 

6. Masak sampai semua sebati. 7. Tabur daun saderi & hidangkan


#8 - Resepi Air Asam Kerang 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit.. Air asam Bawang merah hiris Tomatao hiris Cili padi hiris Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi Belacan Buh gula Daun ketumbar Siappp


#9 - Resepi Rendang Kerang Hijau 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

2kg kerang (rebus dan buang kulit @ beli kerang yg dah siap kopek) 5 biji bawang kecil * 5 ulas bawang putih * 2 batang serai * 2 inci lengkuas * 1 inci halia * 5 biji cili hijau * (tak letak pun xpe) 15-20 biji cili api hijau * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan) 1sk serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup * 1 cwn santan pekat 1/2 cwn kerisek 1 helai daun kunyit Garam Gula Serbuk perisa (ikut selera memasing)

- Kisar bahan2 bertanda * - Tumis bahan2 kisar hingga wangi - masukkan kerang + kerisek + santan , kacau hingga hampir kering - masukkan daun kunyit + garam + gula + perisa , kacau sebati, rasakan ikut selera kita - siap


#10 - Resepi Kerang Goreng Berlada

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan: 1 kg kerang yang telah dibersihkan 1 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat 3 sudu cili kisar 1 sudu sos cili 1 1/2 sudu gula secubit garam sedikit minyak

Cara Membuatnya: - panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga kering. - masukkan garam dan gula. Kacau - Masukkan kerang dan gaul sebati. Masak hingga kerang masak - Masukkan sos cili dan gaul sebati. - Siap untuk dihidang


#11 - Resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap


Pucuk paku...celur dulu... Kerang...rebus dulu... Cili besar,cili padi bawang putih... tumbuk... bawang merah...hiris Tomato...potong kecik Cili padi...hiris kecil Limau nipis...perahkan dlm bahan nnti... Sos ikan Garam..gula..serbuk perasa... *Satukan semua bahan kacau sebati...boleh di hidangkan....

 

#12 - Resepi Kerang Bakar Berempah

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya : 

  • 1 kilo kerang dicuci bersih 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 2 sudu cili kisar

Cara-caranya :  
 
1. Semua bahan kecuali kerang dikisar halus dan tambahkan sedikit garam. 
 
2. Panaskan minyak. 
 
3. Masak sekejap bahan-bahan yang dikisar 
 
4. Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam aluminium foil. 
 
5. Panaskan kuali leper. 
 
6. Bakarkan sebentar dalam 5 - 10 minit atau sehingga ada kerang yang terbuka. 
 
7. Dah siap dan bolehlah dihidangkan 
 
8. Perah limau nipis sedikit untuk menambahkan rasa


#13 - Resepi Somtam Kerang 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap


Bahan : 

  • Kerang rebus 
  • Bawang putih Cili padi 
  • Belacan 
  • Sos ikan 
  • Gula / gula kabong 
  • Jus limau nipis 
  • Tomato Daun ketumbar

 Satukan semua bahan dan sedia untuk di makan.

 

#14 - Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap
 
Bahan-bahan :
 
Isi kerang yg dah di rebus
Pucuk ubi
Santan kelapa
Garam
1 keping asam keping
Cili api (tumbuk lumat)
Kunyit ( tumbuk lumat)
 
- masukkan bahan yg ditumbuk bersama santan ke dalam periuk. 
 
- Kacau sampai kuah mendidih lalu, masukkan asam keping, pucuk ubi, garam.
 
-bila pucuk ubi dah masak boleh masukkan isi kerang yang dah direbus.
 

#15 - Resepi Sambal Tumis Kerang Bersama Petai 

 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap
 
Bahan-bahan : 
  • *Bawang Merah Besar 2 biji 
  • *Bawang putih 4 ulas 
  • *Halia 1 inci 
  • *Cili besar merah 2 biji 
  • *Cili padi merah 7 8 biji Blend bahan bertanda
  • * Serai 2 btang hiris panjang 
  • 1 cawan Petai yg telah dibelah dua 
  • Sos tiram 
  • Sos cili 
  • sedikit serbuk perasa jika suka
  • lada benggala jika suka 
  • Kerang rebus kopek kulit sebelah


Cara-cara:   
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend bersama dengan serai hingga naik bau dan pecah minyak. 
 
2. Masukkan sos tiram dan sos cili dan sedikit air. Biakan agak pekat.  
 
3. Perisakan dengan garam, gula dan serebuk perisa. 
 
4. Masukkan kerang yg telah direbus dan dikopek sebelah tadi. gaulkan hingga sebati. 
 
5.Akhir sekali masukkan petai, lada benggala dan carrot yg dipotong memanjang. Gaulkan dan biarkan dalam 1 minit.

#16 - Resepi Rendang Pedas Kerang

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :
 
 3 kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi .

Bahan kisar . 
 
5 biji bawang merah ros 
2 biji bawang merah besar 
5 ulas bawang putih 
2 inchi halia 1inchi lengkuas 
1 inchi kunyit hidup 5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja 
10 biji cili api kampong . 
10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
 
Bahan lain : 
 
Santan - 1 biji kelapa atau 1 kotak
3 sudu makan kerisik 
2 keping asam 
3 helai daun kunyit - hiris halus

Cara cara  
 
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak 
 
2. Masukan santan - biarkan merenih dengan api perlahan 
 
3. Masukan kerisik dan asam keping - renih sampai pekat 
 
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan 
 
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam 
 

#17 - Resepi Kerang Sos Tiram Berempah

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  •  Kerang 1 kilo fresh (direbus dahulu) Tumis 
  • bawang putih 3 ulas 
  • Bawang merah 2 biji dihiris, 
  • Cili merah 1 biji ( dihiris) 
  • Cili hijau 1 biji ( dihiris) 
  • Cili padi 2 atau 3 biji (katok) 
  • Daun kari 2 batang 
  • Serbuk Kari ikan 1 hingga 2 sudu besar 
  • cili kisar 5 hingga 6 sudu besar
  •  sos tiram 3 - 4 sudu besar 
  • air masak (agaka gak kuah dah pekat) 
  • Serbuk belacan sedikit (jika suka) 
  • Serbuk perasa Garam 
  • Minyak masak

 

1)panaskan minyak kedalam kuali,Dan tumiskan bawang putih,bawang merah Dan daun kari sehingga kekuningan

2)masukkan cili kisar Dan masak sehingga pecah minyak@sehingga cilinya masak 

 3)apabila cili Sudah masak,masukkan Serbuk Kari Dan biarkan rempahnya masak

4)masukkan SOS tiram,serbuk belacan,serbuk perasa,cili padi,cili merah,cili hijau..Gaul sebati..Dan masukkan kerang Yang telah direbus tadi Dan Gaul sebati..jika terlalu kering,masukkan sedikit air.. 

5)tutup api,siap dihidang


#18 - Resepi Kerang Masak Rendang

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 2kg kerang direbus dan buang kulit 
  • 5 batang serai* 
  • 1 inci halia* 
  • 1 inci kunyit hidup* 
  • 1 inci lengkuas* 
  • 7 ulas bawang merah* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • sedikit cili api*
  • 2 sudu besar kerisik 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam keping 
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus 
  • 3 helai daun limau purut garam, aji & gula 

 

Cara: kisar bahan bertanda (*) dan tumiskan hingga naik bau.

Masukkan santan. asam keping, garam, gula. aji dan kerisik.

Kacau hingga kuah menjadi pekat. masukkan kerang dan kacau lagi. masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit. siap..!! 

 

#19 - Resepi Kerabu Kerang Taugeh

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan 

  • 1 mangkuk taugeh ( celur sekejap) 
  • 5 biji kacang botol ( saya xda stok pakai kacang panjang je) 
  • 1 biji bawang besar ( mayang) 
  • 5 biji cili padi 1 batang bunga kantan ( hiris nipis) 
  • 1 genggam udang kering 
  • 1/2 kg isi kerang rebus 
  • jus limau nipis secukupnya 
  • sedikit belacan 
  • kerisik secukupnya 
  • garam dan gula secukup rasa 

 

Cara-cara :

Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis,  letak gula dan garam serta kerisik gaul sebati. Satu kan semua bahan dalam bekas dan gaul rata. Perasakan mengikut tahap citarasa sendiri.

#20 - Resipi Kerang Rebus Sos Thai 

Resipi Kerang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 1 kg kerang 
  • 5 biji bawang putih 
  • 1 biji cili merah 
  • 3 biji cili api (saya guna sikit je cili sebab kalau pedas sangat anak-anak tak boleh makan.) 
  • 1 biji tomato 
  • Sedikit daun ketumbar dan limau purut. 

 

Untuk sos :

  • 2 sudu sos tiram 
  • 2 sudu oren sunquick 
  • 2 sudu sos ikan 
  • Setengah cawan air 

 

Cara masak :

Rebus kerang sekejap, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulit je.

Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi. Hiris dadu tomato. Hiris halus daun ketumbar. Daun limau purut option je. Tak letak pun takpa.

 Resepi Kerang Ada Banyak! Boleh Masak Ikut Selera

Sedapnya kerang. Selalunya resepi apa yang buat dengan kerang?  Jawapan sudah ada di depan mata.

Kredit kepada semua pemilik asal resipi-resepi kerang mudah dan sedap di atas. Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT. Aaamin.


 
Jom join Gila Masak Channel supaya tak terlepas resipi terbaru!

Facebook Gila Masak

Telegram Aneka Resepi Pilihan Sepanjang Zaman

Post a Comment

0 Comments