Resipi Makaroni Goreng Daging Ala Melayu

Ada makaroni tapi tak ada sos prego? Kalau macam tu, boleh lah cuba resipi makaroni goreng daging ala Melayu. Citarasa tekak orang Melayu walaupun makaroni ni sinonim dengan tekak orang barat. 

Sesekali cuba makaroni goreng pun sedap juga. Makaroni goreng daging style ala masakan Melayu digoreng pedas dan campur dengan daging kisar. Pasti enak rasanya.

Tak cuba, tak tahu. Jika masak untuk anak-anak, kurangkan penggunaan cili kisar atau tak perlu letak lansung. Tak ada daging kisar, tak letak pun tak apa. Boleh gantikan dengan isi ayam atau udang pun sedap juga.

Resipi makaroni goreng daging cincang pedas ni sesuai untuk hidangan sarapan, makan malam, potluck, hidangan untuk tetamu, untuk majlis harijadi, berbuka puasa dan sebagainya. Nampak pun menyelerakan.

Resipi Makaroni Goreng Daging Ala Melayu

Resipi Makaroni Goreng Daging

Bahan-Bahan:
400 gram makaroni
400 gram daging kisar ramly
•5 pcs Sosej di potong bulat
2 biji bawang holand didadu
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5-6 sudu besar cili kisar blh tambah jika suka pedas
1/2 cawan sos tomato blh tambah lagi
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning ..bagi meriah
5-6 biji cendawan butang
Sayuran campuran 1 peket
Sedikit brokoli hijau
Garam dan gula
Minyak masak

Cara penyediaan :
  1. Didihkan air dahulu dan rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak elak makaroni melekat.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato,sos cili sos tiram,kiub ayam dan capsicum. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan daging kisar, sosej, cendawan dan brokoli kacau sehingga hampir masak.
  5. Masuk makaroni. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan ..Hias ikut selera masing-masing. Boleh taburkan dengan daun parsly, hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburan serbuk lada hitam jika suka.

Kredit resipi : Lubuk Resipi Viral
 

 
Jom join Gila Masak Channel supaya tak terlepas resipi terbaru!

Facebook Gila Masak

Telegram Aneka Resepi Pilihan Sepanjang Zaman

Post a Comment

0 Comments