Resipi Onde Onde Labu dan Cara membuat onde onde labu. Mudah je!

Kuih buah melaka atau dikenali juga dengan nama onde onde adalah kuih tradisional kegemaran ramai. Di Negeri Sembilan pula dipanggil kuih kelepong. Lain tempat lain namanya.

Kita biasa nampak buah melaka onde onde berwarna hijau atau putih. Pernah nampak onde onde warna kuning? 

Warna kuning bukan menggunakan pewarna tapi ianya adalah buah melaka labu atau onde-onde labu. Bukan sekadar warna kuning yang menarik tapi rasanya juga unik kerana menggunakan perisa asli daripada buah labu itu sendiri.

Peminat kuih buah melaka atau onde onde dan penggemar buah labu, boleh cuba resipi buah melaka labu @onde onde labu ni. Resepi labu lain dari yang lain selain dimasak sayur. Onde onde labu manis boleh dijadikan hidangan kuih muih pemanis mulut untuk berbuka puasa.

Onde onde dari labu ni rasanya lemak-lemak. Cara meembuat onde onde labu tidaklah sesusah mana. Sama je kaedahnya dengan resipi onde onde yang lain cuma bahan-bahannya sedikit berbeza.

Resipi Onde Onde Labu @Buah Melaka Labu


Resipi Onde Onde Labu/ Buah Melaka Labu

Bahan-bahan :
2 cawan labu yg telah direbus dan dilenyek
3 cawan tepung pulut
2 sudu rata tepung gandum
Sedikit garam
Air secukupnya
1 ketul gula melaka (hiris-hiris kasar)
½ biji kelapa parut.

Cara membuat onde onde labu

  1. Gaul labu, tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Kemudian ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bulatkan.
  4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola yang dah siap tadi.
  5. Bila bebola kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.

Resipi Onde Onde Labu @Buah Melaka Labu

Akhir sekali golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

Resipi Onde Onde Labu @Buah Melaka Labu

Mudah je cara membuat onde onde labu kuning ni bukan? Bolehlah cuba dan pelbagaikan rasa kuih buah melaka/onde onde/kuih kelepong ni. Lain dari yang biasa.

Cadangan resipi labu

  • Kuih lepat labu
  • Cucur labu manis
  • Kuih koci labu
  • Donut labu
  • Bingka labu
  • Labu goreng rangup
  • Roti labu
  • Kuih lapis labu
  • Bubur labu
  • Pengat labu
  • Kuih nona manis labu
  • Kuih talam labu
  • Puding labu
  • Sayur labu masak lemak putih

kredit resipi: munierah rohanie



 
Jom join Gila Masak Channel supaya tak terlepas resipi terbaru!

Facebook Gila Masak

Telegram Aneka Resepi Pilihan Sepanjang Zaman

Post a Comment

0 Comments