Resepi Laksa Siam Kuah Original Kaw

Resepi Laksa Siam Dengan Kuah Original Kaw | Jom cuba resepi laksa siam atau laksa lemak ala Thai. Laksa Siam atau Thai Laksa ini, rasanya lebih kurang dengan laksa lemak yang selalu kita buat, tapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas. 

 Selalunya laksa siam ini banyak ada di negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kelantan, Perlis dan Kedah.

resepi-laksa-siam-kuah-lemak
resepi laksa siam kuah lemak

 
Jarang nampak orang kongsikan resepi laksa siam. Bahan untuk masak resipi laksa siam ini tak dinafikan agak banyak juga. Ini bagi menghasilkan rasa umphh dari resepi laksa siam ini untuk menghasilkan kuah yang pekat dan sedap.

Bahan Dan Cara Masak Resepi Laksa Siam Dengan Kuah Original Kaw

Bahan Utama : 

1 kg ikan direbus, diasingkan tulang, diblend halus dengan sedikit air
1kg Laksa beras vacum, dicelur sehingga lembut, diangkat dan ditoskan (2 pek)
 
resepi-laksa-siam-guna-sardin-tin
bahan untuk resepi laksa siam kuah lemak

 

Bahan Sampingan Untuk Kuah :

1 liter air
2 pek santan Kotak, 2x200ml
2+1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
3 Sudu makan gula perang @ secukup rasa
1 keping asam gelugor
6 tangkai daun kesom
3 helai daun limau purut dicarikkan
1 Sudu makan serbuk perasa / secukup rasa 

Bahan kisar :

2 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi
4 tangkai lada besar merah
1 sudu makan serbuk cili
2 inci kunyit hidup
2 inci belacan
5 keping hirisan halia
5 keping hirisan lengkuas
2 rumpun akar ketumbar
Sedikit air untuk mengisar
 

Bahan ulam :

1 batang timun jepun dihiris halus
1 ikat Kacang Panjang dihiris halus
1/3 biji kobis dihiris halus
2 kuntum Bunga kantan dihiris halus
Pucuk kemangi dihiris halus
Cili padi dihiris halus
Limau kasturi dibelah 2
 

Cara-cara memasak laksa siam :

1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk
 
2. Tambah air, isi ikan, santan, garam, gula perang, serbuk perasa, asam gelugor. Masak Dan kacau sehingga mendidih.
 
3. Masukkan daun kesum Dan daun limau, kacau sekejap. 
 
4. Sedia untuk dihidang bersama laksa beras. Letakkan bahan ulam diatasnya. Sedia untuk dimakan
 
 
 
 
Resipi Menarik Lain :
 
Resepi Laksa Siam Original sedap rasa lemak kuahnya, pedas berapi dengan haruman daun kesum yang menyegarkan. 
 
Resepi laksa kuah lemak ala Thai ini ada juga resipinya dalam versi yang lain seperti resepi laksa lemak Azie Kitchen, resipi laksa lemak che nom, resepi laksa tomyam Thai, resipi laksa siam guna sardin tin, resipi laksa siam hijau dan resepi laksa siam ayam.

resep-laksa-siam-ayam

Selamat mencuba!

 
Jom join Gila Masak Channel supaya tak terlepas resipi terbaru!

Facebook Gila Masak

Telegram Aneka Resepi Pilihan Sepanjang Zaman
 
 
 
 

Post a Comment

0 Comments