9 Resipi Makanan Guna Milo, Anak Mesti Suka!

Majoriti di rumah rakyat Malaysia ada Milo! Disebabkan itu, resipi yang mudah dan sedap untuk milo memang banyak. Buat apa-apa guna milo selaunya tak mengecewakan, makan habis licin! Di sini ada 9 resepi makanan guna milo yang anak mesti suka. 

Ini semua merupakan resepi kreatif menggunakan produk Milo yang mudah untuk di cuba sendiri di rumah.

 

1. RESEPI PUDING OREO MILO FY

resepi-makanan-guna-milo


Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar @ 25gram
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 1 bungkus Oreo 137gram


Cara-cara:

Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati. 

Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. 

Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan. 

Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. 

Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!

 


2. PUDING MILO OREO

resepi-makanan-guna-milo

Bahan:-

  • Serbuk agar2 clear 10gm
  • Air 4 cup
  • Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
  • susu cair 1 tin
  • oreo 1 paket (krim jangan buang)
  • milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)


Cara-cara :

1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba

Kredit : Nurfarleena Shukor


3. RESEPI KEK MILO SEMPOI

 
resepi-makanan-guna-milo


Kami cadangkan buat dengan anak-anak. Really Fun.. Sambil gaduh-gaduh dengan anak-anak tu punn boleh menjadi Kek ni. Let's try . Happy cooking everyone. This one yang satu adunan kecil. You guys can double the ingredients.

BAHAN:

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan Milo
  • 2 sudu makan Minyak
  • 1 sudu teh mentega
  • 2 sudu makan sudu pekat manis
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan air suam
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu Esen Vanilla


CARA MEMBUAT :

1. Campurkan semua bahan-bahan. Gaul dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan dalam bekas saiz 6x3 inci dan kukus hingga masak kira- kira 25minit. Untuk lebih pasti, cucuk dgn lidi.
3. Angkat dan taburkan Milo ketika kek masih panas. Biarkan ia sejuk seketika Dan sedia dimakan

 

4. RESEPI KEK MILO MOIST 

resepi-makanan-guna-milo

Bahan -bahan :

  • 1cawan milo
  • 2sdb serbuk koko
  • 1/2cwn susu pekat
  • 1/2cwn minyk jagung
  • 1/2cwngula castor
  • 1/2cwn air pns
  • 2sdk serbuk kopi
  • Campur semua bhn kacau hingga gula larut.. Tapis ketepikn
  • 1bji telur.. Mix hingga sikit kembg
  • Lps mix msuk telur dlm adunan milo. Kacau
  • 1cwn tepung gandum
  • 1sdk baking soda
  • 1/2,sdk baking powder
 

Cara-cara :

Ayak semua. Masuk dalam adunan milo. Kacau rata.
 
Panaskn kukusan. Kukus 15minit dan kek pun siap.
 
Bila sudah sejuk boleh letakkan topping. 


Bahan topping :

  • Double boiler.
  • Whipping cream.
  • Coklet beryls.
Guna kaedah double boiler. Kacau jangan berhenti hingga adunan coklat cair. Setelah siap boleh curahkan ke atas kek.

Credit : Iedaa Jahaya

 

5. KEK BELACAN SARAWAK

resepi-makanan-guna-milo


Sumber resipi: Seni Patisserie

Bahan-bahan:

  • 450g pure butter (saya guna Golden Churn)
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 300g susu pekat manis
  • 1 tin kecil seri kaya (180g)
  • 100g dairy whipping cream
  • 200g horlicks
  • 100g milo
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 botol kecil (140g) browning sugar (gula hitam)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan kaya, susu, vanilla essence & whipping cream. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan horlicks, milo & serbuk koko.
5. Masukkan tepung sikit demi sedikit.
6. Masukkan browning sugar. Gaul hingga sebati.
7. Sediakan loyang 8" x 8". Oleskan butter pada loyang. Saya guna Canola Spray. 
 
Masukkan adunan ke dalam loyang & tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 6 jam. 
 
Selepas 6 jam, tutup api & biarkan kek di dalam pengukus selama 30 minit. Kemudian bila kek dah sejuk barulah potong & balut dengan cling wrap.

6. RESEPI AGAR-AGAR MILO MUDAH BUAT

Resipi-Makanan-Guna-Milo

 Resepi Agar Agar Milo marvelusss..sekejap je licin seloyang

Bahan-bahan:

• 1 paket agar2 tali (20gram)
• 5 gelas air
• 1/2 tin susu pekat manis
• 1 senduk gula pasir
• 1cwn milo
• 1/2 sudu teh garam(utk melemakkan rase)

Cara masakan:

Masak agar2 bersama air dan garam hingga larut

Masukkan pula gula,kacau hingga hancur

Kemudian masukkan milo,susu sambil dikacau rata hingga mendidih

Masuk agar2 kedalam loyang

Biarkan suam sebelum masukkann dalam peti ais 

 

7. RESEPI KEK MILO KUKUS

resepi-makanan-guna-milo


Bahan A

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas

Bahan B

  • 3 biji telur gred A - pukul hingga kembang

Bahan C - (Semua bahan ayak bersama)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo. Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati. Tidak perlu masak sampai mendidih.

2. Masukkan bahan B dan C ke dlm bahan A adun hingga sebati.

3. Ambil loyang bersaiz 8 x 8 dan oles dgn sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi.

4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.
.
Kredit resepi & foto : Sarimah Samsuri
 

8. RESEPI KEK BATIK MILO

 
resepi-makanan-guna-milo

Bahan

  • 1 Paket Biskut Meri (guna yang 600gram)
  • 1 Ketul Butter (250gram)
  • 4 Biji Telur
  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Susu Pekat
  • 1/2 cawan Serbuk Koko
  • 1 cawan Nestum
  • 1 cawan Air Masak
  • 1/2 cawan Gula (boleh tambah jika suka lebih manis)

Cara

Masak Butter-Guna api yg sgt slow.then masukkn Milo,Serbuk Koko dan Susu Pekat. Bila agak nak mendidih, masukkan Telur dan akhir sekali masukkan Air.

Kacau hingga agak pekat (jangan pekat sanga, agak-agak saja). Tutup api.

Masukkan Nestum dan Patahkan biskut. kacau hingga sebati kemudian masukkn ke dalam loyang/bekas..

Mampatkan semampatnya,simpan dalu dalam fridge selama 30 minit sebelum makan.

-Kredit empunya resepi
 
 

9. RESEPI KEK MILO LAVA VOLCANO 

 
resepi-makanan-guna-milo

Bahan-Bahan:

  • 80gm serbuk milo
  • 4 sudu makan air panas
  • 2 biji telur saiz B
  • 60gm gula kastor
  • 120gm mentega – dicairkan dahulu
  • 80gm tepung gandum

Cara Membuatnya :

1. Bancuh serbuk milo dengan air panas dan ketepikan. Satukan gula kastor dan telur, pukul hingga berbuih.
 
2. Masukkan tepung dan whisk hingga betul-betul sebati. Masukkan bancuhan milo dan sebatikan. Akhir sekali letak mentega cair aduk sebati.
 
3. Sedikan acuan yang sesuai, sapu/glaze dengan mentega. Tuang adunan, pastikan air kukusan telah dipanaskan terlebih dahulu, kukus 8 minit api besar. Jangan kukus lama nanti volcano tak jadi.
 
4. Keluarkan kek dari acuan dengan berhati-hati, tabur milo sedia dinikmati. Selamat mencuba.
 
Credit To Owner
 
 
 
Jom join Gila Masak Channel supaya tak terlepas resipi terbaru!

Facebook Gila Masak

Telegram Aneka Resepi Pilihan Sepanjang Zaman

Post a Comment

0 Comments